Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Saltmine

4/1/2010 adalah satu tarikh yang pastinya ada yang menanti kedatangannya dan pasti ada yang kurang suka dengan kedatangannya. Namun apa yang pasti, suka atau tidak suka kedatangngannya pasti akan tiba jua. Kepada semua warga pendidik, jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Jadikan tahun baru 2010 sebagai tahun yang penuh kecemerlangan dalam semua lapangan terutama dalam mendidik anak bangsa kita yang akan memacu negara ke tahap negara maju menjelang tahun 2020. Kita tidak dapat menjadi perdana menteri, menteri-menteri tetapi anak murid kitalah yang mungkin pada masa hadapan akan mengambil alih tampok kepimpinan negara. Jika salah didikan kita, silap-silap kita sendiri yang akan mendapat susah kerana kita telah tersalah memberikan didikan dan mungkin boleh merosakkan agama, bangsa dan negara kita. Kepada murid dan pelajar sekolah sama ada menengah atau rendah, belajarlah bersungguh-sungguh dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan hari mendatang. Hidup pada zaman yang serba canggih dan moden ini jika tidak berilmu, kacak macam mana pun tidak akan di pandang mulia. Zaman sekarang ini semuanya dikelilingi dengan ilmu pengetahuan. Nak main basikal pun kena ilmu, bukan boleh main kayuh je. Kalau tak belajar macammana dapat ilmunya. Sekarang adalah zaman ledakan ilmu, dan ianya akan berterusan dan semakin hari semakin pantas ianya bergerak. Sekiranya kita lambat dan terlewat, maka kita akan ketinggalan sama ada dari segi teknologi dan lain-lain bidang. Jadikan kedatangan tahun baru 2010 sebagai satu permulaan yang baru, baik dan memperoleh kecemerlangan sentiasa. Hanya tinggal 10 tahun saja lagi untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Adakah kita mahu duduk di takuk yang lama atau mahu berusaha menjadikan hidup lebih berinovatif dan maju ke depan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Selamat Tahun Baru 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan