Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Saltmine

4/1/2010 adalah satu tarikh yang pastinya ada yang menanti kedatangannya dan pasti ada yang kurang suka dengan kedatangannya. Namun apa yang pasti, suka atau tidak suka kedatangngannya pasti akan tiba jua. Kepada semua warga pendidik, jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Jadikan tahun baru 2010 sebagai tahun yang penuh kecemerlangan dalam semua lapangan terutama dalam mendidik anak bangsa kita yang akan memacu negara ke tahap negara maju menjelang tahun 2020. Kita tidak dapat menjadi perdana menteri, menteri-menteri tetapi anak murid kitalah yang mungkin pada masa hadapan akan mengambil alih tampok kepimpinan negara. Jika salah didikan kita, silap-silap kita sendiri yang akan mendapat susah kerana kita telah tersalah memberikan didikan dan mungkin boleh merosakkan agama, bangsa dan negara kita. Kepada murid dan pelajar sekolah sama ada menengah atau rendah, belajarlah bersungguh-sungguh dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan hari mendatang. Hidup pada zaman yang serba canggih dan moden ini jika tidak berilmu, kacak macam mana pun tidak akan di pandang mulia. Zaman sekarang ini semuanya dikelilingi dengan ilmu pengetahuan. Nak main basikal pun kena ilmu, bukan boleh main kayuh je. Kalau tak belajar macammana dapat ilmunya. Sekarang adalah zaman ledakan ilmu, dan ianya akan berterusan dan semakin hari semakin pantas ianya bergerak. Sekiranya kita lambat dan terlewat, maka kita akan ketinggalan sama ada dari segi teknologi dan lain-lain bidang. Jadikan kedatangan tahun baru 2010 sebagai satu permulaan yang baru, baik dan memperoleh kecemerlangan sentiasa. Hanya tinggal 10 tahun saja lagi untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Adakah kita mahu duduk di takuk yang lama atau mahu berusaha menjadikan hidup lebih berinovatif dan maju ke depan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Selamat Tahun Baru 2010.

Permulaan Cemerlang Pembuka Tirai Tahun 2010


 Gambar ini bukan edit tapi ori ek.. Peluh pun tak kering lagi..
Memang best giler!! Puas hati..


Murah-murah basikal aku, dapat jugak aku tawan kau Bukit Kledang..


Repeater Astra penghubung Utara, Selatan, timur dan Barat Semenanjung Malaysia.


Tidak dilupakan Repeater 9M4 RPK.

Hari ini adalah cuaca sungguh baik seolah-olah akan memberikan diriku satu kejutan dan juga kecemerlangan dalam hobi baru ku iaitu berbasikal bukit. Hari ini buat kali pertamanya aku berjaya menawan Bukit Kledang setinggi 808 meter di Ipoh setelah 2 kali berlatih iaitu pada 29/12/2009 dan 30/12/2009. Pada hari ini, tanggal 1 Januari 2010 tepat jam 7.30 pagi kami bertolak dari paking kereta dan sampai di puncak tepat jam 8.55 pagi, aku telah berjaya menawan Bukit Kledang dengan bangganya dan penuh kepuasan. Maklumla, baru kali pertama aku menjejakkan kaki di puncak Bukit Kledang yang selama ini hanya aku tengok dari bawah saja. Sakit pinggang woo..(tengah taip blog ni pun tengah sakit pinggang) Lebih manis apabila aku berjaya berkayuh tanpa henti walaupun baru kali pertama ke puncak. Ini adalah permulaan tahun 2010 dan pastinya akan ada kejutan sepanjang tahun 2010 dan seterusnya. Mungkin akan menawan Cameron Highland lepastu Genting Highland pulak, Insyaalah..Kepada rakan-rakan yang belum pernah ke atas sana, cuba sekali, pasti nak lagi. Bak kata sifu saya, Sir Emiza "Kalau main basikal, tapi tak pernah ke Kledang, baik tak payah main basikal". Memang betul!! Lepas ni nak cuba off road pulak. Kepada Sir Emiza, terima kasih atas nasihat dan ilmu serta panduan yang telah diberikan. Banyak ilmu yang telah dipelajari dan hasilnya, inilah kejayaan ku..Terima Kasih sekali lagi kepada semua.

Eyeball dengan Budak Jawa Selangor (9W2 BJS)

 Inilah dia, yang baju biru tulah 9W2 BJS sebelah kanan 9W2 AIS
Yang baju Pink tu 9W2 MJR dan baju oren 9W2 SHY

Mulanya hanya berQSO saja dengan Budak Jawa Selangor di jalur panjang, masatu nak p ambik adik ipar aku kat R&R Serdang. Lepas hantar XYL, Harmonik dan adik ipar kat rumah pakcik XYL di Kajang, terus p Bandar Baru Bangi untuk eyeball dengan BJS dan rakan-rakan. Eyeball ni start pkl 00.20 dan bertolak balik dalam pkl 2 pagi 12/12/2009.Banyak pengetahuan dan pengalaman BJS ni. Antara yang menarik pemergiannya ke Indonesia baru-baru ini. Nak barang radio murah, kena ke Indonesia. Boleh rambang mata..kena p 3 hari 2 malam untuk habiskan masa kat sana. Kalau tak, tak puas..katanya..