9W2 FEZ
Bermula Melalui Minat
Sabtu, 2 Januari 2010
Selamat Kembali Ke Sekolah dan Saltmine
4/1/2010 adalah satu tarikh yang pastinya ada yang menanti kedatangannya dan pasti ada yang kurang suka dengan kedatangannya. Namun apa yang pasti, suka atau tidak suka kedatangngannya pasti akan tiba jua. Kepada semua warga pendidik, jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Jadikan tahun baru 2010 sebagai tahun yang penuh kecemerlangan dalam semua lapangan terutama dalam mendidik anak bangsa kita yang akan memacu negara ke tahap negara maju menjelang tahun 2020. Kita tidak dapat menjadi perdana menteri, menteri-menteri tetapi anak murid kitalah yang mungkin pada masa hadapan akan mengambil alih tampok kepimpinan negara. Jika salah didikan kita, silap-silap kita sendiri yang akan mendapat susah kerana kita telah tersalah memberikan didikan dan mungkin boleh merosakkan agama, bangsa dan negara kita. Kepada murid dan pelajar sekolah sama ada menengah atau rendah, belajarlah bersungguh-sungguh dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan hari mendatang. Hidup pada zaman yang serba canggih dan moden ini jika tidak berilmu, kacak macam mana pun tidak akan di pandang mulia. Zaman sekarang ini semuanya dikelilingi dengan ilmu pengetahuan. Nak main basikal pun kena ilmu, bukan boleh main kayuh je. Kalau tak belajar macammana dapat ilmunya. Sekarang adalah zaman ledakan ilmu, dan ianya akan berterusan dan semakin hari semakin pantas ianya bergerak. Sekiranya kita lambat dan terlewat, maka kita akan ketinggalan sama ada dari segi teknologi dan lain-lain bidang. Jadikan kedatangan tahun baru 2010 sebagai satu permulaan yang baru, baik dan memperoleh kecemerlangan sentiasa. Hanya tinggal 10 tahun saja lagi untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Adakah kita mahu duduk di takuk yang lama atau mahu berusaha menjadikan hidup lebih berinovatif dan maju ke depan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Selamat Tahun Baru 2010.
Permulaan Cemerlang Pembuka Tirai Tahun 2010
Gambar ini bukan edit tapi ori ek.. Peluh pun tak kering lagi..
Memang best giler!! Puas hati..
Murah-murah basikal aku, dapat jugak aku tawan kau Bukit Kledang..
Repeater Astra penghubung Utara, Selatan, timur dan Barat Semenanjung Malaysia.
Tidak dilupakan Repeater 9M4 RPK.
Ahad, 6 Disember 2009

Eyeball dengan Rakan di JB
Tahun ni Raya Haji kat JB. So dapatla bereyeball dengan rakan-rakan JB dan dapat jumpa rakan dari Kuala Lipis yang baru sampai ke JB.. Seronok jugak dapat jumpa dengan rakan-rakan yang peramah dan sporting. Aku balik rumah OTM aku lewat, hampir pukul 2 pagi..Hampir-hampir tidur kat dalam kereta mlm tu..hehe..
Kena pukat di Bangi
Pada 26 Septembar 2009 yang lalu, aku dah masuk pukat. Aku dapat bereyeball dengan otai ni..orgnya macam pernah aku lihat tapi dimana ya..hehe..rupanya dalam majalah 3 tajuk radio amatur. So apa lagi..tangkap gambarla..untung aku hari tu dapat masuk hotel free..
Ahad, 27 September 2009
Eyeball dengan Rakan HAM Johor Bahru
Dari kiri 9W2 BJH dan 9W2 RLW
Dari Kiri 9W2 RLW dan 9W2 BAL
Pada 24 September 2009 jam 21.00, saya berpeluang bereyeball dengan beberapa rakan-rakan HAM Johor Bahru di sebuah kedai makan di Bandar Baru Uda. Saya berpeluang berjumpa dan bersalaman di daratan dengan 3 stesen iaitu 9W2RLW(Abg. Anuar)..sifu JB ni beb, 9W2BJH(Abg. Hafiz)..nie Budak Jahat..keh..keh..9W2BAL(Abg Iqbal)orgnya hensem dan sempoi. Eyeball ini berlarutan sehingga kedai nak tutupla..hehe..Stesen-stesen ni memang sporting dan banyak ilmu berkaitan radio telah dibincangkan. eyeball ini bukan setakat di kedai makan saja, tetapi berlanjutan ke base Abg. Anuar. Terkejut gila kita beb..rumah Abg Anuar penuh dengan set radio..Memang respekla Abg Anuar ni..eyeball ini bersurai jam 03.30.
Langgan:
Catatan (Atom)